
GAYA HIDUP SIHAT
PIRAMID MAKANAN

“ 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Arif: Apa khabar Johan? Apa yang sedang awak buat tu?
Jais: Oh, awak rupanya Arif! Khabar baik. Saya sedang
membaca risalah tentang cara-cara menjaga kesihatan badan.
Arif: Memang bagus risalah yang awak baca tu. Menjaga
kesihatan amat penting kerana badan yang sihat akan
menjadikan hidup kita lebih selesa dan bahagia.
Jais: Untuk menjaga kesihatan, kita perlu makan makanan
yang seimbang dan berkhasiat. Janganlah kita mengambil
makanan yang memudaratkan kesihatan seperti makanan yang
tidak bertutup, makanan dalam tin, makanan yang sudah basi,
dan makanan ringan. Malahan pengambilan vitamin yang cukup
juga penting untuk meningkatkan lagi anti body badan kita.
Arif: Selain menjaga pemakanan, apa lagi
yang perlu dilakukan?
Jais: Selain makan makanan yang berkhasiat, kita perlu
melakukan senaman ringan seperti bersenam serta menjalankan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berkebun. Dengan cara
demikian, badan kita akan sihat dan otak akan cergas.
Arif : Ooo..banyak juga maklumat yang saya dapat melalui
risalah yang awak baca tu. Terima kasih di atas perkongsian
maklumat ini dengan saya.
Jais: ok, sama-sama
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.



